1.Perkataan CHEESE berasal dari perkataan CHIS.Ceritanya seorang mat saleh sedang melihat seorang Melayu membuat keju di belakang rumahnya."What are you doing?"tanya Mat Saleh sambil menepuk bahu si Melayu nih.Orang Melayu ni terkejut lalu melompat dan menyebut "CHIS!"
2.Perkataan KNEE diambik dari perkataan NI..ceritanya seorang pemuda Melayu melihat darah di lutut seorang lelaki Inggeris."Blood.."kata pemuda tu."Where?"tanya orang Inggeris.Orang melayu tunjuk dekat-dekat dan berkta,"NI.."
3.Perkataan UGLY diambil dari perkataan AH..GELI..Kisahnya..seorang Inggeris ternampak seseorang yang hodoh rupanya,"Huh!He got a bad face..what do you call if a man got a bad face?"tanya laki Inggeris sambil mencucuk pinggang rakan Melayunya yang sedang beranganb.Rakannya terus menjawab,"AH...GELI!"
4.Perkataan CELEBRATE diambil dari perkataan SELEBET..pada tahun 1853 James Brooke datang ke Sarawak. Ketika disana Brooke ternampak beberapa orang yang tidak senonoh sedang merayakan kejayaan mereka menangkap seekor harimau."What are they doing?"tanya Brooke pada salah seorang pengikutnya.Orang itu yang menyampah melihat perlakuan kumpulan itu terus menyebut "SELEBET"
5.MAGISTRATE berasal dari perkatasn MAKCIK STRAIGHT..Kisahnya pada tahun 1882 isteri Frank Swettenham baru pertama kali memasuki mahkamah.Di situ beliau melihat seorang hakim membicarakan orang salah."Who is he?"tanya isteri Frank pada seorang budak yang bodoh bendul.Budak itu fikir wanita itu bertanyakan arah ke tandas lalu berkata "MAKCIK STRAIGHT" sambil menunjuk jalan ke tandas.
6.Perkataan CHAIR berasal dari perkataan CHEH.Alkisahnya..Semasa Gabenor Negeri Selat memulakan tugas pada 1873 di Tanah Melayu,beliau ternampak seorang sedang membuat kerusi.Pembuat kerusi itu memang benci dengan orang Inggeris yang suka menyibuk,lalu dia memalingkan muka ke arah lain dan menyebut "CHEH!"
Jun 22, 2007
11:04 PM

No comments:
Post a Comment